Skip to content
Opens in a new window

[1] Umat Israel telah merebut dan menduduki wilayah di sebelah timur Sungai Yordan, dari Lembah Arnon sampai ke Lembah Yordan dan sejauh Gunung Hermon di utara. Mereka mengalahkan dua orang raja.

[2] Raja yang seorang ialah Raja Sihon, raja orang Amori yang memerintah di Hesybon. Kerajaannya meliputi separuh daripada daerah Gilead: dari Aroer (di tepi lembah Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu sampai ke Sungai Yabok, iaitu sempadan Amon;

[3] termasuk juga Lembah Yordan, dari Tasik Galilea ke arah selatan sampai ke Bet-Yesimot (di sebelah timur Laut Mati) dan terus ke kaki Gunung Pisga.

[4] Mereka juga mengalahkan Raja Og dari Basan, salah seorang keturunan Refaim yang terakhir; raja itu memerintah di Asytarot dan Edrei.

[5] Kerajaannya meliputi Gunung Hermon, Salkha, dan seluruh Basan, sampai ke sempadan Gesur dan Maakha, dan juga separuh daripada Gilead, sampai ke wilayah kerajaan Raja Sihon dari Hesybon.

[6] Raja-raja itu dikalahkan oleh Musa dan umat Israel. Musa, hamba TUHAN, telah memberikan wilayah raja-raja itu kepada suku Ruben, Gad, dan setengah daripada suku Manasye sebagai milik mereka sendiri.

[7] Yosua dan umat Israel mengalahkan semua raja di wilayah sebelah barat Sungai Yordan, dari Baal-Gad di lembah negeri Lebanon sampai ke Gunung Halak di selatan, dekat Edom. Yosua membahagikan tanah itu kepada suku-suku Israel, lalu memberikannya kepada mereka sebagai tanah milik mereka.

[8] Bahagian tanah itu meliputi kawasan perbukitan, kaki-kaki bukit di sebelah barat, Lembah Yordan dengan kaki-kaki bukit di situ, lereng-lereng bukit di sebelah timur, dan tanah gersang di sebelah selatan. Kawasan itu tempat tinggal orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi dahulu.

[9] Umat Israel mengalahkan raja-raja dari kota-kota berikut: Yerikho, Ai (dekat Betel),

[10] Yerusalem, Hebron,

[11] Yarmut, Lakhis,

[12] Eglon, Gezer,

[13] Debir, Geder,

[14] Horma, Arad,

[15] Libna, Adulam,

[16] Makeda, Betel,

[17] Tapuah, Hefer,

[18] Afek, Lasaron,

[19] Madon, Hazor,

[20] Simron-Meron, Akhsaf,

[21] Taanakh, Megido,

[22] Kedes, Yokneam (di Karmel),

[23] Dor (di tepi pantai), Goyim (di Galilea)

[24] dan Tirza - kesemuanya 31 orang raja.

Yosua — Chapters