[1] Tebarkan rotimu ke air kerana beberapa waktu kelak kamu akan memperolehnya semula.
[2] Berikanlah bahagian kepada tujuh atau hingga lapan orang, kerana kamu tidak mengetahui bencana apa yang bakal terjadi di bumi ini.
[3] Kumpulan awan yang sarat berisi hujan akan mencurahkan kesemuanya ke atas bumi; dan pohon yang tumbang ke selatan atau ke utara akan tetap di tempat tumbangnya.
[4] Sesiapa yang sentiasa memperhatikan angin tidak akan menabur; dan sesiapa yang sentiasa melihat awan tidak akan menuai.
[5] Sebagaimana kamu tidak mengetahui cara dan laluan angin dan pembentukan tulang-temulang di dalam rahim wanita yang mengandung, demikian jugalah kamu tidak mengetahui pekerjaan Allah yang menjadikan segala sesuatu.
[6] Pada pagi hari taburlah benihmu, dan pada kala petang, usah rehatkan tanganmu, kerana kamu tidak mengetahui yang mana satu akan berhasil, atau kedua-duanya sama baik.
[7] Cahaya itu manis dan melihat matahari itu menyenangkan bagi mata;
[8] Maka biarlah orang yang panjang usia bersukacita dengan tahun-tahun kehidupannya. Namun demikian, dia perlu ingat bahawa akan ada banyak juga hari kegelapan dan segala yang mendatang ialah kesia-siaan.
[9] Bersuka rialah, wahai pemuda ketika kamu remaja dan senangkanlah hatimu ketika kamu muda. Turutilah hasrat hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa segalanya akan diadili Allah.
[10] Buang kesedihan daripada hatimu dan singkirkan kejahatan daripada tubuhmu kerana zaman kanak-kanak, zaman muda dan puncak kehidupanmu hanya kesia-siaan.