[1] Para ketua kaum keluarga bani Lewi datang menghadap Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua kaum keluarga daripada suku-suku orang Israel yang lain
[2] di Silo, di Tanah Kanaan, dan berkata kepada mereka demikian, "Dengan perantaraan Musa, Tuhan telah memerintahkan supaya kepada kami diberikan kota-kota untuk dihuni berserta padang ragut untuk ternakan kami."
[3] Maka selaras dengan firman Tuhan, orang Israel memberikan kepada bani Lewi kota-kota yang berikut ini berserta padang ragut daripada antara harta pusaka mereka.
[4] Melalui undian, kaum-kaum bani Kehat, bani Lewi daripada keturunan Imam Harun itu mendapat tiga belas buah kota daripada suku Yehuda, suku Simeon, dan suku Benyamin
[5] manakala bani Kehat yang selebihnya mendapat sepuluh buah kota daripada kaum-kaum suku Efraim, suku Dan, dan separuh suku Manasye melalui undian.
[6] Bani Gerson mendapat tiga belas buah kota daripada kaum-kaum suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan separuh suku Manasye di Basan melalui undian.
[7] Bani Merari, menurut kaum-kaum mereka, menerima dua belas buah kota daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon.
[8] Orang Israel memberikan kota-kota itu berserta padang rumput ternaknya kepada bani Lewi melalui undian, seperti yang diperintahkan Tuhan dengan perantaraan Musa.
[9] Daripada suku bani Yehuda dan suku bani Simeon kota-kota yang berikut, yang nama mereka disebutkan di sini, diberikan
[10] kepada bani Harun, iaitu salah satu kaum Kehat daripada bani Lewi, kerana undian yang pertama memihak kepada mereka.
[11] Kepada mereka diberikan Kiryat-Arba (Arba ialah bapa Enak), iaitu Hebron di pergunungan Yehuda berserta padang ragut di sekelilingnya.
[12] Tetapi ladang-ladang kota itu berserta desa-desanya telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune menjadi miliknya.
[13] Maka kepada keturunan Imam Harun diberikan Hebron, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Libna,
[14] Yatir, Estemoa,
[15] Holon, Debir,
[16] Ain, Yuta, dan Bet-Semes. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah sembilan buah kota daripada dua suku itu.
[17] Daripada suku Benyamin diberikan Gibeon, Geba,
[18] Anatot, dan Almon. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.
[19] Jumlah seluruh kota bagi para imam daripada bani Harun ialah tiga belas kota berserta padang ragut mereka.
[20] Kaum-kaum bani Kehat, iaitu bani Lewi daripada bani Kehat yang selebihnya, mendapat kota-kota yang diperuntukkan bagi mereka daripada suku Efraim.
[21] Kepada mereka diberikan Sikhem, iaitu kota perlindungan di pergunungan Efraim bagi pembunuh, Gezer,
[22] Kibzaim, dan Bet-Horon. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.
[23] Daripada suku Dan diberikan Elteke, Gibeton,
[24] Ayalon, dan Gat-Rimon. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.
[25] Dari setengah suku Manasye diberikan Taanakh dan Gat-Rimon. Semuanya berserta padang-padang ragut – dua kota.
[26] Jumlah kota bagi kaum-kaum bani Kehat yang selebihnya itu ialah sepuluh buah berserta padang ragut mereka.
[27] Kepada bani Gerson daripada kaum-kaum bani Lewi, setengah suku Manasye yang lain memberikan Golan di Basan, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, dan Beestra. Semuanya berserta padang-padang ragut – dua kota.
[28] Daripada suku Isakhar diberikan Kisyon, Dobrat,
[29] Yarmut, dan En-Ganim. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.
[30] Daripada suku Asyer diberikan Misal, Abdon,
[31] Helkat, dan Rehob. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.
[32] Daripada suku Naftali diberikan Kedesh di Galilea, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Hamot-Dor, dan Kartan. Semuanya berserta padang-padang ragut – tiga kota.
[33] Jumlah seluruh kota bagi bani Gerson menurut kaum-kaum mereka ialah tiga belas kota berserta padang ragutnya.
[34] Kepada kaum-kaum bani Merari, iaitu bani Lewi yang selebihnya, suku Zebulon memberikan Yokneam, Karta,
[35] Dimna, dan Nahalal. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.
[36] Daripada suku Ruben diberikan Bezer, Yahas,
[37] Kedemot, dan Mefaat. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.
[38] Daripada suku Gad diberikan Ramot di Gilead, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Mahanaim,
[39] Hesbon, dan Yaezer. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.
[40] Jumlah seluruh kota bagi bani Merari menurut kaum-kaum mereka, iaitu kaum-kaum bani Lewi yang selebihnya, ialah dua belas buah kota menurut undian mereka.
[41] Jadi, jumlah kota bani Lewi di tengah-tengah milik orang Israel ialah empat puluh lapan buah kota berserta padang ragutnya.
[42] Tiap-tiap kota itu memiliki padang ragut di sekelilingnya; demikianlah keadaan semua kota itu.
[43] Demikianlah Tuhan memberikan kepada orang Israel seluruh negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka menduduki negeri itu dan tinggal di dalamnya.
[44] Tuhan memberikan ketenteraman di sekeliling mereka, selaras dengan semua yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Daripada semua musuh mereka, tiada seorang pun dapat bertahan menghadapi mereka. Semua musuh mereka diserahkan Tuhan ke dalam tangan mereka.
[45] Tidak ada satu pun daripada segala hal yang baik yang dijanjikan Tuhan kepada keturunan kaum Israel yang tidak dikotakan. Semuanya menjadi kenyataan.