[1] Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.
[2] Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.
[3] Kataku kepada mereka, "Jangan dibuka pintu-pintu gerbang Yerusalem sebelum matahari panas dan sewaktu para pengawal, pintu-pintu itu sedang bertugas arahkan mereka menutup dan memalang kesemua pintu. Tempatkanlah para penjaga daripada kalangan penduduk Yerusalem di tempat penjagaan masing-masing dan di depan rumah masing-masing."
[4] Kota raya Yerusalem luas dan besar, tetapi penduduknya sedikit dan rumah-rumah pun belum dibina semula.
[5] Kemudian Allahku menaruh rancangan dalam hatiku untuk mengumpulkan bangsawan, pemimpin, dan rakyat supaya mereka didaftarkan menurut salasilah masing-masing. Sementara itu kutemukan daftar salasilah kalangan yang lebih dahulu pulang. Di dalamnya kudapati tertulis demikian:
[6] Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.
[7] Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana. Bilangan warga Israel itu ialah:
[8] bani Paros, 2,172 orang;
[9] bani Sefaca, 372 orang;
[10] bani Arah, 652 orang;
[11] bani Pahat-Moab, daripada keturunan Yesua dan Yoab, 2,818 orang;
[12] bani Elam, 1,254 orang;
[13] bani Zatu, 845 orang;
[14] bani Zakai, 760 orang;
[15] bani Binui, 648 orang;
[16] bani Bebai, 628 orang;
[17] bani Azgad, 2,322 orang;
[18] bani Adonikam, 667 orang;
[19] bani Bigwai, 2,067 orang;
[20] bani Adin, 655 orang;
[21] bani Ater, daripada Hizkia, 98 orang;
[22] bani Hasum, 328 orang;
[23] bani Bezai, 324 orang;
[24] bani Harif, 112 orang;
[25] bani Gibeon, 95 orang;
[26] orang Betlehem dan Netofa, 188 orang;
[27] orang Anatot, 128 orang;
[28] orang Bet-Azmawet, 42 orang;
[29] orang Kiryat-Yearim, Kefira, dan Beerot, 743 orang;
[30] orang Rama dan Geba, 621 orang;
[31] orang Mikhmas, 122 orang;
[32] orang Betel dan Ai, 123 orang;
[33] orang Nebo yang lain, 52 orang;
[34] bani Elam yang lain, 1,254 orang;
[35] bani Harim, 320 orang;
[36] orang Yerikho, 345 orang;
[37] orang Lod, Hadid, dan Ono, 721 orang;
[38] bani Senaa, 3,930 orang.
[39] Para imam: bani Yedaya, daripada keturunan kaum Yesua, 973 orang;
[40] bani Imer, 1,052 orang;
[41] bani Pasyhur, 1,247 orang;
[42] bani Harim, 1,017 orang.
[43] Para bani Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodewa, 74 orang.
[44] Para penyanyi: bani Asaf, 148 orang.
[45] Para penjaga pintu gerbang: bani Salum, bani Ater, bani Talmon, bani Akub, bani Hatita, dan bani Sobai, 138 orang.
[46] Hamba Bait Allah: bani Ziha, bani Hasufa, bani Tabaot,
[47] bani Keros, bani Sia, bani Padon,
[48] bani Lebana, bani Hagaba, bani Salmai,
[49] bani Hanan, bani Gidel, bani Gahar,
[50] bani Reaya, bani Rezin, bani Nekoda,
[51] bani Gazam, bani Uza, bani Paseah,
[52] bani Besai, bani Meunim, bani Nefusim,
[53] bani Bakbuk, bani Hakufa, bani Harhur,
[54] bani Bazlit, bani Mehida, bani Harsa,
[55] bani Barkos, bani Sisera, bani Temah,
[56] bani Neziah, dan bani Hatifa.
[57] Keturunan hamba Salomo: bani Sotai, bani Soferet, bani Perida,
[58] bani Yaala, bani Darkon, bani Gidel,
[59] bani Sefaca, bani Hatil, bani Pokheret-Hazebaim, dan bani Amon.
[60] Jumlah seluruh hamba Bait Allah dan keturunan hamba Salomo ialah 392 orang.
[61] Orang yang berikut datang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adon, dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bahawa kaum keluarga dan zuriat mereka keturunan daripada bangsa Israel:
[62] bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, 642 orang.
[63] Daripada keturunan imam: bani Habaya, bani Hakos, dan bani Barzilai (orang ini memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, lalu ia dinamai menurut nama keluarga itu).
[64] Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk menyertai jawatan imam.
[65] Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.
[66] Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,
[67] belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 245 penyanyi lelaki dan perempuan.
[68] Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor,
[69] unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor.
[70] Beberapa ketua kaum keluarga memberikan sumbangan untuk pekerjaan itu, sedangkan pembesar menyumbang untuk perbendaharaan sebanyak 1,000 dirham emas, 50 buah bokor, dan 530 helai tunik imam.
[71] Beberapa orang ketua kaum keluarga menyumbang untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 20,000 dirham emas dan 2,200 mina perak.
[72] Sementara yang disumbangkan rakyat selebihnya ialah 20,000 dirham emas, 2,000 mina perak, dan 67 helai tunik imam.
[73] Imam, bani Lewi, penjaga pintu gerbang, penyanyi, sebahagian daripada rakyat, hamba Bait Allah, dan seluruh orang Israel menetap di kota-kota mereka.