[1] Anak-anak Benyamin: Bela, anak yang sulung; Asybel, anak kedua; Ahrah, anak ketiga;
[2] Noha, anak keempat; dan Rafa, anak kelima.
[3] Anak-anak Bela: Adar, Gera, Abihud,
[4] Abisua, Naaman, Ahoah,
[5] Gera, Sefufan, dan Huram.
[6] Inilah anak-anak Ehud (mereka inilah ketua kaum keluarga penduduk Geba yang telah dibuang ke Manahat):
[7] Naaman, Ahia, dan Gera, yang membuang mereka. Gera beranakkan Uza dan Ahihud.
[8] Saharaim mempunyai anak di daerah Moab, setelah dia mengusir Husim dan Baara, isteri-isterinya.
[9] Kemudian daripada Hodes, isterinya, dia beranakkan: Yobab, Zibya, Mesa, Malkam,
[10] Yeus, Sokhya, dan Mirma. Itulah para anaknya, para ketua kaum keluarga.
[11] Anaknya daripada Husim ialah Abitub dan Elpaal.
[12] Anak-anak Elpaal: Eber, Misam, dan Semed, yang membina Ono dan Lod dengan kampung-kampungnya.
[13] Selanjutnya Beria dan Sema, iaitu ketua kaum keluarga penduduk Ayalon yang menghalau penduduk Gat.
[14] Ahio, Sasak, Yeremot,
[15] Zebaja, Arad, Eder,
[16] Mikhail, Yispa, dan Yoha ialah anak-anak Beria.
[17] Zebaja, Mesulam, Hizki, Heber,
[18] Yismerai, Yizlia, dan Yobab ialah anak-anak Elpaal.
[19] Yakim, Zikhri, Zabdi,
[20] Elyo'enai, Ziletai, Eliel,
[21] Adaya, Beraya, dan Simrat ialah anak-anak Simei.
[22] Yispan, Eber, Eliel,
[23] Abdon, Zikhri, Hanan
[24] Hananya, Elam, Antotia,
[25] Yifdeya, dan Penuel ialah anak-anak Sasak.
[26] Samserai, Seharya, Atalya,
[27] Yaaresya, Elia, dan Zikhri ialah anak-anak Yeroham.
[28] Itulah para ketua kaum keluarga menurut keturunan mereka, kalangan yang terkemuka. Mereka ini tinggal di Yerusalem.
[29] Di Gibeon tinggallah bapa Gibeon, iaitu Yeiel. Nama isterinya ialah Maakha.
[30] Anak sulungnya ialah Abdon dan seterusnya Zur, Kish, Baal, Nadab,
[31] Gedor, Ahio, Zekher,
[32] dan Miklot yang beranakkan Simea. Mereka juga tinggal berdekatan dengan saudara-saudara mereka di Yerusalem bersama-sama para saudara mereka yang lain.
[33] Ner beranakkan Kish. Kish beranakkan Saul. Saul beranakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.
[34] Anak lelaki Yonatan ialah Meribaal dan Meribaal beranakkan Mikha.
[35] Anak-anak Mikha ialah Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
[36] Ahas beranakkan Yoada dan Yoada beranakkan Alemet, Azmawet, serta Zimri, dan Zimri beranakkan Moza.
[37] Kemudian turun-temurun Moza ialah Bina, Rafa, Elasa, Azel.
[38] Azel mempunyai enam orang anak lelaki. Inilah nama mereka: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan. Itulah kesemua anak Azel.
[39] Anak-anak Esek, saudara Azel: Ulam, anak sulung; Yeus, anak kedua; dan Elifelet, anak ketiga.
[40] Anak-anak Ulam ialah kesateria yang gagah perkasa dan pemanah. Mereka mempunyai ramai anak dan cucu yakni seramai 150 orang. Itulah semua keturunan Benyamin.