
NoTapis Personaliti - Halimah Yacob: Mantan Presiden nak balik rumah HDB di Yishun lepas bersara?
Podcast Berita Harian Singapura
Dalam episod khas NoTapis Personaliti kali ini, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkongsi hidup selepas persaraan, cabaran sebagai i presiden wanita pertama Singapura, dan prinsip yang membentuk dirinya. Dari cerita tentang rumah HDB Yishun yang menjadi “obsession” rakyat, gaya tudung yang konsisten, hingga keputusan sukar untuk menyahut cabaran menjadi presiden Singapura. Puan Halimah mendedahkan kisah peribadi (dan juga beberapa rahsia) yang tak pernah didedahkan sebelum ini. Beliau juga menyentuh isu-isu yang dekat di hati seperti hak wanita, kesihatan mental, dan perspektifnya berkaitan isu konflik Israel-Palestin.
Sebagai nenek manjakan cucunya, Halimah kini menikmati kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun pada masa yang sama terus berkhidmat untuk masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.