
18 September 2025
Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack’ bersara dengan tenang
Podcast Berita Harian Singapura
About
Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua?
Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti.
Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.