
13 June 2025
Kad Laporan: Harimau Malaya Mengaum, Garuda Tumpas, Singa terjaga dari tidur!
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
About
Harimau Malaya mengaum garang dengan kemenangan ke atas Vietnam, memberi isyarat jelas bahawa permulaan baharu di bawah pengaruh TMJ sedang mengambil bentuk. Dalam masa yang sama, Indonesia terkulai dengan kekalahan besar 6-0 yang mencetuskan pelbagai persoalan, manakala Singapura pula menunjukkan tanda kebangkitan dengan kemenangan ke atas Bangladesh. Kad Laporan minggu ini membedah tiga cerita berbeza dari rantau yang sama – siapa sedang naik, siapa masih mencari arah?